ADAB PERGAULAN

  1. PERGAULAN BERSAMA IBU BAPA
 
    Seorang anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga kita ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa. Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga. Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati keseluruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya. Antaranya ialah :
    1. Bercakap dengan hormat dan sopan santun.
    2. Merendahkan suara dihadapan mereka.
    3. Menumpukan perhatian ketika mereka sedang bercakap.
    4. Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi.
    5. Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap.
    6. Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka.
    7. Memberi hormat semasa bertemu dengan mereka.
    8. Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum masuk tidur.
    9. Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan.
    10. Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk.
          AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN IBU BAPA
    1. Runtuh institusi kekeluargaan.
    2. Kehidupan tidak di berkati Allah.
    3. Mengancam keharmonian masyarakat.
    4. Dikenakan azab neraka di akhirat.
         2. PERGAULAN BERSAMA GURU

    Kedudukan guru mulia di sisi Islam amat mulia dan tinggi darjatnya. Barangsiapa yang memuliakan guru bererti dia memuliakan Rasul, barangsiapa memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah, barangsiapa memuliakan Allah, syurgalah tempatnya. Oleh sebab itu, kita sebagai seorang pelajar wajiblah menghormati dan menyayangi guru serta memelihara adab-adab terhadap guru. Antaranya ialah :
    1. Memberi salam dan sentiasa menghormatinya.
    2. Duduk dalam keadaan sopan dan tenang.
    3. Minta izin jika hendak bertanya.
    4. Memberi bantuan kepada guru.
    5. Hindari daripada menyinggung hati dan perasaan guru.
    6. Jangan mengumpat guru.
    7. Tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan guru.
          AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN GURU
    1. Ilmu yang dipelajari tidak diberkati.
    2. Susah mengingati pelajaran guru.
    3. Ketinggalan dalam pelajaran. Kesal kemudian hari.
    4. Hubungan dengan guru tidak mesra.
    5. Di benci oleh Allah dan Rasul.
          FADHILAT BERADAB DENGAN GURU
    1. Disayangi oleh guru.
    2. Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
    3. Ilmu yang dipelajari akan diberkati Allah.
    4. Hubungan bersama guru semakin mesra.
    5. Mudah memahami pelajaran.
         3. PERGAULAN BERSAMA RAKAN

    Orang yang paling rapat dengan kita selain dari ibubapa dan keluarga yang lain adalah kawan-kawan kita. Pergaulan seharian adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan, lantaran kebanyakkan masa diluangkan bersama-sama mereka. Maka diantara adab-adab pergaulan dengan rakan-rakan ialah :
    1. Menghulurkan bantuan kepada rakan.
    2. Bantulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
    3. Bersikap jujur dalam persahabatan.
    4. Jangan memburuk-burukkan rakan.
    5. Jangan membuka aib rakan.
    6. Jangan cemburu dengan kejayaan rakan.
    7. Jangan menjatuhkan air muka rakan di hadapan rakan-rakan yang lain.
    8. Jangan ketawa apabila rakan mengalami kegagalan.
    9. Jangan ejek atau memperkecil-kecilkan rakan.
    10. Jangan mengejek rakan dengan panggilan yang tidak disukainya.
    11. Apabila berada di kalangan rakan-rakan, janganlah berbisik-bisik dengan seseorang rakan yang lain.
    12. Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita, mintalah izin kepada mereka terlebih dahulu.
    13. Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin.
    14. Saling nasihat-menasihati sesama rakan.