ADAB KEBERSIHAN DIRI

  1. ADAB MUSUK DAN KELUAR TANDAS

Hari ini ustazah ingin mengajak adik-adik semua mempelajari adab-adab masuk dan keluar tandas..
Adab-adab Masuk Tandas :


  1. Dimulai masuk dengan kaki kiri dahulu.
  2. Diakhiri keluar dengan kaki kanan.
  3. Adik-adik tidak boleh membawa sebarang ayat suci Al-Quran sewaktu berada di dalam tandas.
  4. Adik-adik digalakkan duduk bertinggung kekiri ketika menunaikan hajat.
  5. Sewaktu adik-adik ingin membuang hajat, seharusnya dielakkan dari menghadap atau membelakangi kiblat.
    • HARAM sekiranya bagi yang menunaikan hajat dikawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan, menghadap atau membelakangi kiblat.
    • MAKRUH bagi yang menunaikan hajatdi kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.
  6. Sebaiknya menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.
  7. Adik-adik tidak digalakkan menunaikan hajat ketika :
    • keadaan dalam air yang tidak bergerak atau mengalir
    • keadaan dalam lubang yang tidak diketahui isinya
    • tempat berkumpul manusia
    • tempat yang berangin
    • di bawah pokok yang berbuah
    • di jalanan
  8. Adik-adik tidak digalakkan bercakap ketika sedang membuang hajat.
  9. Adik-adik tidak menggunakan air yang bertakung dibawah atau dilantai tempat menunaikan hajat yang suci.
  10. Selesaikan hajat dan tidak menangguhkannya lama-lama.
  11. Tidak lupa membaca doa masuk dan keluar. 
  12. Memakai selipar khas sewaktu masuk ke dalam tandas takut nanti terpijak najis atau sebagainya.
  13. Menutup atas kepala dengan sehelai kain. Manalah tahu nanti cicak pula yang bakal melepaskan hajat kat atas kepala kita.hehehe...
        2. ADAB MANDI

Untuk menjadikan mandi ada nilainya di sisi Allah, sebagai ibadah maka perlulah dijaga beberapa adabnya antaranya :Niat mandi kerana Allah.
  1. Membaca bismillah ketika menanggalkan pakaian.
  2. Pergi ke bilik mandi dalam keadaan menutup aurat.
  3. Menutup aurat ketika mandi.
  4. Jangan memandang aurat sendiri kecuali perlu.
  5. Jangan mandi di tempat awam dan jangan memandang orang yang sedang menukar pakaian.
  6. Sebaiknya mandi di tempat tertutup dan bersendirian.
  7. Elakkan bercakap ketika mandi.
  8. Jangan makan atau minum ketika mandi.
  9. Tidak segera mandi selepas makan.
       3. ADAB BERSUGI 
  1. Alat bersugi hendaklah dari bahan yang bersih (suci) dan kesat.
  2. Sugi dipegang dengan tangan kanan.
  3. Mulai menggosok dari atas sebelah kanan ke kiri gigi.
  4. Ulangi menggosok dengan bilangan yang ganjil.
  5. Waktu di sunatkan bersugi ialah :
  • Selepas bangun dari tidur.
  • Sebelum sembahyang.
  • Ketika berubah bau mulut.
  • Sebelum membaca Al-Quran.
  • Sebelum berkhutbah atau berceramah.
         4. ADAB MEMOTONG KUKU

           
   KUKU TANGAN
  1. Di mulai dengan jari telunjuk jari tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, kelingking dan barulah ibu jari.
  2. Seterusnya tangan kiri di mulai dengan jari kelingking, jari manis, tengah, telunjuk dan ibu jari.
   KUKU KAKI
  1. Di mulai dengan kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari hingga kelingking jari kaki kanan.
    HARI YANG DI SUNATKAN MEMOTONG KUKU
  • Hari SABTU : Mempusakai penyakit (yang disebabkan banyak makan)
  • Hari AHAD : Hilang barakah.
  • Hari ISNIN : Mempusakai alim fadhil (orang yang mempunyai ilmu dan kelebihan)
  • Hari SELASA : Mempusakai kebinasaan.
  • Hari RABU :  Mempusakai perangai kejahatan.
  • Hari KHAMIS : Mempusakai kekayaan.
  • Hari JUMAAT : Mempusakai ilmu dan lemah lembut.
        5. ADAB MENYISIR RAMBUT

  1. Menyisir semua rambut ke belakang dengan tangan kanan.
  2. Belah rambut menjadi dua bahagian.
  3. Menyisir bahagian kanan.
  4. Menyisir bahagian kiri.
  5. Menyisir mengikut kehendak sendiri.
        6. ADAB BERCELAK


  1. Berniat kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  2. Pilih celak yang baik dan gunakan alat yang panjang lagi bersih.
  3. Dahulukan dengan menyapu di kelopak mata kanan sebanyak 3 kali, kemudian sapu pada kelopak mata kiri sebanyak 2 atau 3 kali.