ADAB MENUTUP AURAT

  1. AURAT
Aurat merupakan perkara yang wajib dalam Islam kerana tanpa menutupi aurat seolah-olah kita telah mencalarkan nama baik agama Islam dalam diam-diam kita menghina agama Islam. Jika tidak menutup aurat, maka ibadah pun tidak sah seperti solat 5 waktu.

      BAGI LELAKI
  • Tidak terlalu nipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk aurat.
  • Menutup aurat bagi lelaki dari pusaat hingga lutut.
  • Pakaian tidak menyerupai wanita.  
Aurat lelaki dengan individu bukan Islam sama seperti aurat lelaki dengan wanita yang bukan mahramnya (yang diharamkan bernikah) juga sebab tidak mahu timbulnya fitnah dalam hal agama Islam dikalangan bukan beragama Islam.

      BAGI WANITA
  • Menampakkan muka sahaja.
  • Melabuhkan tudung menutupi dada.
  • Menutupi sehingga pergelangan tangan.
  • Pakaian tebal, longgar, dan tidak menyerupai seperti lelaki.
  • Memakai stokin.
Aurat wanita dengan individu bukan Islam sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (yang diharamkan bernikah) juga sebab tidak mahu timbulnya fitnah dalam hal agama Islam dikalangan bukan beragama Islam.
   
     2. MEMAKAI PAKAIAN

" Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian daripada yang diciptakan-Nya, benda untuk berteduh dan Dia menjadikan kamu sebahagian daripada gunung-ganang sebagai tempat berlindung, dan Dia juga menjadikan bagi kamu pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian yang memelihara kamu ketika berjuang. Demikianlah Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepada-Nya dan mematuhi segala perintah-Nya." (Surah An-Nahl ayat 81)
  •  Sunat di mulakan dengan membaca Bismillah apabila hendak memakai pakaian.
  • Berniat untuk menjunjung perintah Allah iaitu menutup aurat, bukan dengan tujuan bermegah dengan pakaian itu ataupun menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  • Berdoa ketika mengenakan pakaian.
  • Memakai pakaian biasa dan sederhana, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.
  • Memastikan pakaian itu sentiasa bersih supaya sah dipakai untuk beribadah kerana orang beriman hendaklah selalu bersih badan dan pakaiannya. 
  • Menjauhi pakaian yang ketat dan jarang bagi lelaki dan wanita dan berusaha mendapatkan pakaian yang dapat menutup tubuh dan selesa ketika memakainya.
  • Menghindari berhias-hias dan tidak mendedahkan aurat yang wajib di tutup.